HKHM2025 I INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (KBS)

HKHM2025 I INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (KBS)

Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang diteruskan melalui Perhimpunan Mesra Bulanan Kementerian Belia dan Sukan Bulan Ogos 2025 yang diadakan pada 14 Ogos 2025 bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 9.00 pagi di Lobi Menara, Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Program ini menjadi platform pertemuan mesra warga KBS, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim dan menyemarakkan semangat patriotisme sempena sambutan Bulan Kebangsaan.

Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Perkhidmatan Awam, diikuti lafaz Ikrar Rukun Negara sebagai tanda taat setia kepada negara.Β Acara diteruskan dengan tayangan montaj dan video aktiviti bulan Julai, memaparkan pelbagai inisiatif serta pencapaian KBS. YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan turut menyampaikan ucapan amanat sebagai pembakar semangat kepada semua warga kementerian.

Menariknya, program turut diserikan dengan persembahan nyanyian lagu patriotik oleh Taska KBS, yang pasti membangkitkan rasa cinta kepada tanah air. Kemuncak majlis adalah simbolik penyerahan Kit Jalur Gemilang daripada YBrs. Encik Rizal bin Hashim, Pengarah Bahagian Geraksaraf dan Pengurusan Isu (GSPI), Jabatan Penerangan Malaysia sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025.Β 

Perhimpunan ini bukan sahaja menjadi ruang untuk penyampaian maklumat dan amanat, tetapi juga menjadi medan menyemai semangat kebersamaan, perpaduan, dan kecintaan kepada negara dalam kalangan warga KBS.

#HKHM2025
#MalaysiaMADANI
#RakyatDisantuni

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ