HKHM2025 I ACARA PELEPASAN KONVOI KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG SEMPENA MAJLIS PELUNCURAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG 2025
Tarikh: 27 Julai 2025 (Ahad)
Tempat: Dataran Tanjung Emas, Muar, Johor
Konvoi KMJG 2025 akan merentasi laluan 8,551 kilometer melibatkan 88 lokasi, menyertai acara komuniti dan penyerahan Jalur Gemilang di sempadan negeri seluruh negara, demi menyemarakkan semangat patriotik sehingga Sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2025 di Pulau Pinang.