HKHM 2026 l SESI PENYERAHAN SUMBANGAN PENAJAAN RAKAN STRATEGIK KEPADA PESERTA RAPTAI HUMAN GRAPHIC SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026









HKHM 2026 l SESI PENYERAHAN SUMBANGAN PENAJAAN RAKAN STRATEGIK KEPADA PESERTA RAPTAI HUMAN GRAPHIC SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026
Menteri Komunikasi, YB Dato’ Seri Fahmi Fadzil telah menyempurnakan Sesi Penyerahan Sumbangan Penajaan Rakan Strategik kepada peserta raptai persembahan human graphic di Dataran Putrajaya.
Sokongan ini menyemarakkan semangat 1,500 peserta dari 36 buah sekolah yang bakal menjayakan persembahan tersebut, antara yang menjadi tumpuan pada 31 Ogos ini. 🇲🇾✨
Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi (KK), YBhg. Datuk Abdul Halim Hamzah; Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (KPM), YBhg. Datuk Wan Hashim Wan Rahim; Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi) KK, Mano Verabathran; Ketua Pengarah JAPEN, Erwin Khairul Ahmad; Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawalan dan Pematuhan KK, Kamarudin Abdul Rani; serta Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian KPM, Ithnin Mahadi.
#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360


