HKHM 2026 l SESI LATIHAN PERARAKAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026












HKHM 2026 l SESI LATIHAN PERARAKAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026, Datuk Abdul Halim Hamzah hari ini meninjau Sesi Latihan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur yang melibatkan Kontinjen Komponen Ekonomi HKHM 2026.
Datuk Abdul Halim menekankan bahawa sambutan HKHM 2026 bukan sekadar acara tahunan, malah menjadi platform untuk memperkukuh naratif perpaduan, menyemarakkan semangat patriotik dan meningkatkan kefahaman rakyat terhadap aspirasi Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati.
Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 melibat seramai 1,859 peserta daripada 43 kontinjen di bawah Komponen Ekonomi yang mencerminkan kekuatan, kepelbagaian dan kesepaduan sektor ekonomi negara, sekali gus merakamkan penghargaan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), agensi terlibat dan seluruh peserta atas komitmen, disiplin serta semangat berpasukan dalam menjayakan persiapan HKHM 2026.
Hadir sama Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) merangkap Setiausaha Jawatankuasa Kerja HKHM 2026, Datuk Aminurrahim Mohamed; Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Mohd Amran Mohd Haris; Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan, Harun Ali serta Setiausaha Bahagian Kawalan dan Pematuhan, Kamarudin Abdul Rani.
Sumber: Kementerian Komunikasi
#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360
π²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎ


