HKHM 2026 I SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026
HKHM 2026 I SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026
🇲🇾 5 HARI – KIRA DETIK HARI KEBANGSAAN 2026 🇲🇾
Detik demi detik, semakin dekat kita menuju kemeriahan Sambutan Hari Kebangsaan 2026! ❤️🤍💙💛
Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama merasai kemeriahan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 yang bakal berlangsung di Dataran Putrajaya! 🇲🇾✨
Pelbagai acara menarik, persembahan istimewa dan aktiviti penuh warna-warni menanti anda. Ayuh hadir bersama keluarga dan sahabat, kibarkan Jalur Gemilang dan semarakkan semangat patriotik serta cinta akan tanah air!
🛡️ KESELAMATAN DIUTAMAKAN
Bagi memastikan sambutan berlangsung dengan lancar dan selamat, orang ramai disaran untuk:
• Mematuhi arahan keselamatan dari semasa ke semasa.
• Menjaga barangan peribadi dan sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak.
• Menggunakan laluan serta kawasan yang telah ditetapkan.
• Menggunakan kemudahan pengangkutan awam PERCUMA yang disediakan di Dataran Putrajaya.
• Sentiasa peka terhadap pengumuman dan maklumat semasa.
🇲🇾 Jom bersama-sama kita mencipta kenangan, semarakkan patriotik dan raikan Malaysia!
Jangan lepaskan peluang — Jumpa anda di Dataran Putrajaya!
Kita raikan Malaysia, kita semarakkan kebersamaan. ❤️🇲🇾
#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360


