HKHM 2026 I PROGRAM RIADAH HARI MALAYSIA SPR TAHUN 2026

HKHM 2026 l PROGRAM RIADAH HARI MALAYSIA SPR TAHUN 2026

c699d8e9-ece0-474a-aacc-ac546cb6e281
e4d3bba8-438d-4e54-94a7-9441d3a9aa5d
6c9a8024-87b0-4e72-9d82-8c4599e649b3
d07de5f7-50fd-42f1-94b9-55756ee6524b
d45268ea-8169-4aab-8d47-be1e380978b1
f3d67b0c-aabd-4768-814d-26b8801e1423

HKHM 2026 l PROGRAM RIADAH HARI MALAYSIA SPR TAHUN 2026

Sihat Bersama, Eratkan Silaturahim, Semarakkan Semangat Malaysia!

Sempena sambutan Hari Malaysia Tahun 2026, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) meneruskan usaha memupuk budaya hidup sihat dan semangat kekitaan dalam kalangan warga SPR menerusi Program Riadah (Brisk Walk) Hari Malaysia SPR Tahun 2026.

Program yang dianjurkan dengan kerjasama Kelab Sukan, Kebajikan dan Rekreasi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (KESKER) dan PUSPANITA Cawangan Kecil SPR ini bukan sahaja memberi ruang kepada warga SPR untuk menjaga kesihatan dan kecergasan fizikal, malah menjadi wadah untuk mengeratkan silaturahim serta memperkukuh hubungan sesama warga SPR.

Menariknya, sesi jalan santai ini turut dimanfaatkan sebagai platform untuk mempromosikan aplikasi MySPR Semak, yang memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan pilihan raya.

Semangat Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan merupakan asas penting dalam membina sebuah negara yang teguh. Kesihatan yang baik pula menjadi aset penting agar setiap warga dapat melaksanakan tanggungjawab dan amanah dengan lebih berkesan.

Selamat menyambut Hari Malaysia 2026 dan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera kepada seluruh warga SPR!

Sumber: Facebook Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia – SPR

#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360

🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾