HKHM 2026 l PERARAKAN KONVOI JALUR GEMILANG SEMPENA PERASMIAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH












HKHM 2026 l PERARAKAN KONVOI JALUR GEMILANG SEMPENA PERASMIAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH
Tarikh: Ahad, 26 Julai 2026
Perarakan Konvoi Jalur Gemilang berlangsung meriah sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah (SPT).
Konvoi dilepaskan dari Pejabat Pendidikan Daerah SPT sebelum melalui dua lokasi pemeriksaan (check point) dan berakhir di Woodheven Park, Bukit Mertajam.
Majlis perasmian dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang Gooi Zi Sen.
Pelbagai aktiviti bersama rakyat turut diadakan, termasuk cabutan bertuah dengan hadiah utama sebuah motosikal.
Sambutan turut dimeriahkan dengan persembahan kumpulan Klangit.
#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360


