HKHM 2026 I MAJLIS SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2026

HKHM 2026 l MAJLIS SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2026

8a3399b7-325a-40bf-a9a7-5d5446016efe
6e6b592d-d96e-4840-a491-a89abe649464
8edca933-7092-4752-aae1-2e09062211a7
8ab2338b-768a-4d9e-9ccf-c8d0f39261e1
fa217673-1c60-4d27-bd65-cfd6f2035e56
d3d11a57-85f1-44e4-a98c-f6b570194629
bdae9391-cd92-4516-9a06-29628612573b
a33d6371-1831-40b0-9ae3-42a425ecae48
44d40246-2c57-47b9-a629-f09c1208922f
1281660b-63e4-45bf-afbd-33798220aa25
dbfd68bd-4124-41a2-ac1c-43d8e02a2ee4
46f18941-dc10-4a09-9b85-34912d9d4240

HKHM 2026 l MAJLIS SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2026

Sambutan Hari Malaysia 2026 berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), Sarawak malam ini dengan kehadiran seramai 6,000 tetamu.

Sambutan disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, diiringi Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim; Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari; dan Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. 🇲🇾

Pengisian menampilkan tarian selamat datang “Segulai Sejalai”, sesi menandatangani Buku Khas Sambutan Hari Malaysia 2026 serta teater muzikal “Malaysiaku MADANI, Kesejahteraan Dinikmati” dan tarian “Serumpun MADANI” yang menyatukan seni budaya Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. 🎭📜

Hadir sama Menteri Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan HKHM 2026, YB Dato’ Seri Fahmi Fadzil; serta Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak dan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, YB Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah selaku Pengerusi Bersama Sambutan Hari Malaysia 2026. Turut hadir barisan Menteri Kerajaan Persekutuan, Sarawak dan Sabah serta Ketua Pengarah JAPEN, Erwin Khairul Ahmad. 🤝✨

Kepelbagaian yang diraikan pada malam ini mencerminkan kekuatan Malaysia yang dibina atas perpaduan dan keharmonian rakyat. 🇲🇾❤️

Foto: Jabatan Penerangan Malaysia

#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360

🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾