HKHM 2026 l MAJLIS RAPTAI PENUH SAMBUTAN HARI MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2026









HKHM 2026 l MAJLIS RAPTAI PENUH SAMBUTAN HARI MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2026
Raptai penuh Sambutan Hari Malaysia 2026 berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) malam tadi sebagai persiapan akhir sebelum 16 September. ๐๐บ๏ธ
Menteri Komunikasi, YB Datoโ Seri Fahmi Fadzil dan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan; dan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawanan Sarawak, YB Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Malaysia 2026 meninjau pelaksanaan raptai serta kesiapsiagaan acara. ๐คโจ
Raptai turut memberi tumpuan kepada persiapan teknikal, termasuk kemudahan komunikasi, capaian Internet bagi petugas media dan sistem audio bagi memastikan acara berjalan lancar. Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah serta Ketua Pengarah JAPEN, Erwin Khairul Ahmad. ๐๏ธ๐ก
Lebih daripada 5,000 tetamu dijangka hadir dalam acara yang meraikan kepelbagaian budaya dan latar belakang rakyat Malaysia, sekali gus menzahirkan semangat perpaduan, kebersamaan dan Segulai Sejalai. JAPEN terus memberi tumpuan kepada gerak kerja di lapangan melalui penyelarasan dengan agensi berkaitan bagi memastikan persiapan akhir berjalan lancar. โญ๏ธ๐ฒ๐พ
#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360


