HKHM 2026 I EKSPRESI JALUR GEMILANG JAPEN @PETRONAS

HKHM 2026 l EKSPRESI JALUR GEMILANG JAPEN @PETRONAS

WhatsApp Image 2026-08-09 at 5.57.31 PM
WhatsApp Image 2026-08-09 at 5.54.41 PM
WhatsApp Image 2026-08-09 at 5.54.41 PM (1)
WhatsApp Image 2026-08-09 at 5.54.40 PM
WhatsApp Image 2026-08-09 at 5.54.40 PM (1)
WhatsApp Image 2026-08-09 at 5.54.40 PM (2)

HKHM 2026 l EKSPRESI JALUR GEMILANG JAPEN @PETRONAS 

Tarikh: Ahad, 9 Ogos 2026

Rasa bangga dan cinta kepada tanah air menjadi lebih bermakna apabila dizahirkan dalam setiap perjalanan harian. 🇲🇾

Program Ekspresi Jalur Gemilang JAPEN@PETRONAS berlangsung serentak di 15 stesen PETRONAS terpilih di seluruh negara hari ini menerusi Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG).

Program anjuran Kementerian Komunikasi menerusi Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) dengan kerjasama PETRONAS ini disempurnakan oleh Menteri Komunikasi, YB Dato’ Seri Fahmi Fadzil di Stesen PETRONAS NPE Pantai Dalam.

Turut hadir Ketua Pengarah JAPEN, Encik Erwin Khairul Ahmad dan Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Strategik) JAPEN, Puan Rubaayah Osman yang bersama-sama menyantuni pengguna jalan raya melalui pengagihan magnet Jalur Gemilang kepada 200 kenderaan terawal. 🚘

Menerusi inisiatif ini, Jalur Gemilang bukan sahaja berkibar di rumah, malah dibawa bersama-sama dalam perjalanan harian — menyemarakkan rasa bangga, cinta dan kebersamaan menjelang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026. ❤️🤍💙💛

#HKHM2026

#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360  

🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾