HKHM 2026 I 200 MAGNET JALUR GEMILANG, BENDERA SABAH DIAGIH SEMPENA EKSPRESI JALUR GEMILANG JAPEN @PETRONAS 2026

HKHM 2026 l 200 MAGNET JALUR GEMILANG, BENDERA SABAH DIAGIH SEMPENA EKSPRESI JALUR GEMILANG JAPEN @PETRONAS 2026

b70e9384-428c-4a16-8655-ca4b63363fb7
ea1f60b6-c210-4cda-960b-ab59e30811b5
dc015c26-5cda-4296-b57f-3709480c3b61
9908d9ea-6d00-4ecf-9f8d-40368ce06c46
72053be3-d0d9-49a9-80c3-ca9c39b5b8a1
60b59d54-d82e-45db-a217-0bbaa83b3186
a3b2ef93-bf4c-40a0-b9ab-600682aae726
b919a42f-7dfb-4753-9024-4a8970c17018
f6763c0c-277c-4cfd-a469-ca930a85858e
cfb5e6e0-72e6-4884-b902-af3419287709
09fa529d-073d-4b34-a6f3-09ee16979975
d3567903-c5fb-403c-aacb-2c26ded51413

HKHM 2026 l 200 MAGNET JALUR GEMILANG, BENDERA SABAH DIAGIH SEMPENA EKSPRESI JALUR GEMILANG JAPEN @PETRONAS 2026

Sebanyak 200 magnet Jalur Gemilang dan bendera Sabah bagi kenderaan diagihkan sempena Program Ekspresi Jalur Gemilang JAPEN@PETRONAS 2026 di stesen PETRONAS Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP), di sini hari ini.

Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor berkata, program yang dilaksanakan serentak di 15 stesen PETRONAS terpilih di seluruh negara itu merupakan langkah menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan serta Hari Sabah 2026.

“Inisiatif di bawah kluster industri berkenaan menyokong pelaksanaan Kempen Satu Rumah Satu Jalur Gemilang (1R1JG) menerusi kerjasama strategik antara Jabatan Penerangan (JAPEN) Malaysia dan PETRONAS.

“Penganjuran program ini mencerminkan komitmen erat antara sektor awam dan korporat dalam menyokong agenda kenegaraan sekali gus memperluas penyampaian mesej patriotisme dan semangat cintakan negara kepada masyarakat,” katanya ketika ditemui media pada program berkenaan.

Mengulas lanjut, Jainisah menyatakan program itu turut diserikan dengan kehadiran Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2026 yang turut melibat rakan strategik pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

“Antara agensi yang terlibat termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Perbadanan Kemajuan Film Nasional Malaysia (FINAS), Telekom Malaysia (TM), Radio Televisyen Malaysia (RTM) serta syarikat swasta, Maxim,” jelasnya.

Tambah beliau, pelaksanaan inisiatif 1R1JG akan diteruskan ke kluster lain seperti rumah ibadat, sekolah, institusi pendidikan tinggi (IPT), persatuan sukan dan premis keselamatan bagi menggalakkan setiap kediaman serta premis mengibarkan sekurang-kurangnya satu Jalur Gemilang dan satu bendera Sabah.

“JAPEN Sabah kekal komited memikul tanggungjawab menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Sabah di negeri ini biarpun berdepan pelbagai cabaran semasa,” ujarnya.

Hadir sama pada program tersebut, Ketua Jualan Runcit Wilayah Sabah, Bahagian Runcit Bahan Api PETRONAS Dagangan Berhad, Mohd Muhidin Asfar Sahrul dan Pengurus Kawasan Bahagian Runcit Bahan Api PETRONAS Dagangan Berhad, Mustapha Hashim.

Sumber: Warta Oriental

Foto: Jabatan Penerangan Sabah

#HKHM2026

#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360  

🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾