• PERTANDINGAN FOTO MUTIARA KATA SEMPENA BULAN KEBANGSAAN 2026

    Semarakkan Bulan Kebangsaan dengan kreativiti anda! Ayuh sertai Pertandingan Foto Mutiara Kata Sempena Bulan Kebangsaan 2026 anjuran Bahagian Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. 📍 Tema: "Semangat Kemerdekaan" Hasilkan sekeping foto yang menggambarkan semangat patriotisme, perpaduan, kepelbagaian budaya, warisan serta menonjolkan identiti Perak. Lengkapkan foto anda dengan mutiara kata yang ringkas, kreatif, positif yang mampu menyemarakkan semangat cintakan negara. 🏆 Hadiah Menarik Menanti Pemenang! 🥇 Tempat Pertama: RM500 🥈 Tempat Kedua: RM400 🥉 Tempat Ketiga: RM300 🎁 10 Hadiah Saguhati: RM100 setiap penyertaan yang layak 📅 Tarikh tutup penyertaan: 19 Ogos 2026 Penyertaan adalah terbuka kepada seluruh rakyat Perak Darul Ridzuan. Imbas kod QR pada poster atau layari https://forms.gle/syN8NgcL2s5CQF5z9 bagi mendapatkan syarat pertandingan dan borang penyertaan. Jom abadikan semangat kemerdekaan melalui lensa anda dan tonjolkan kreativiti bersama kata-kata yang memberi inspirasi. Ayuh sertai sekarang! 🇲🇾✨

  • KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG (KMJG) X JAGO PERLIS 2026

    Jom bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme sempena Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) X JAGO Perlis 2026. Tarikh: Sabtu | 1 Ogos 2026 Konvoi KMJG X JAGO akan menjelajah beberapa lokasi di seluruh Perlis bagi menggerakkan Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang, sebelum berakhir di Dataran Layang-Layang, Kurung Tengar pada 5.00 petang. Lokasi Persinggahan: * Majlis Sukan Negeri Perlis * Masjid Nurus Said, Santan * Kilang Mediquip Sdn. Bhd. * Balai Trafik Mata Ayer * Chery 4S Centre Perlis, Jelempok * Kampung Pauh Setia, Pauh (Program HKHM @ Komuniti MADANI) Program KMJG X JAGO | 5.00 Petang • Pentarama * Persembahan nyanyian dan kuiz * Penyampaian Kit 1 Rumah 1 Jalur Gemilang * Nyanyian lagu-lagu patriotik Ayuh hadir beramai-ramai bersama keluarga. Kibarkan Jalur Gemilang sebagai lambang cinta kepada negara dan bersama-sama kita menyemarakkan semangat Bulan Kebangsaan. Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati 🇲🇾

  • MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN HARI SABAH DAN KEMPEN KIBAR BENDERA 2026

    🇲🇾 𝗔𝘆𝘂𝗵 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗺𝘂𝗹𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻, 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻 𝗞𝗶𝗯𝗮𝗿 𝗕𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗮 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝘂𝗵 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗽𝗮𝘁𝗿𝗶𝗼𝘁𝗶𝘀𝗺𝗲! Saksikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan, Hari Sabah dan Kempen Kibar Bendera 2026 yang akan disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah. 📅 1 Ogos 2026 (Sabtu) 🕣 8.30 pagi 📍 Menara Kinabalu, Kota Kinabalu Semarakkan Bulan Kebangsaan dan Hari Sabah dengan menjayakan Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang melalui pengibaran Jalur Gemilang dan Bendera Sabah di setiap kediaman sebagai tanda cinta kepada negara, dan semangat perpaduan. #HKHS2026 #1Rumah1JalurGemilang #MalaysiaMADANI #SabahMajuJaya #JAPENSabah

  • KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG 2026 X JAGO – SUNGAI PETANI

    Ayuh bersama-sama memeriahkan Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2026 X JAGO (JAPEN Arena Penggerak Komuniti) yang bakal berlangsung dengan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga. 🗓️ Tarikh: 2 Ogos 2026 (Ahad) 🕣 Masa: 8.30 pagi – 2.00 petang 📍 Lokasi: Pasaraya MYDIN Taman Batik, Sungai Petani, Kedah Antara aktiviti yang menanti anda: 🇲🇾 Pertandingan Mewarna Kanak-kanak (4–6 tahun) bersama keluarga 🇲🇾 Pertandingan Busana Merdeka (4-6 tahun) bersama keluarga 🇲🇾 Pameran dan Kaunter Perkhidmatan Agensi 🇲🇾 Persembahan Pentarama JAGO 🎉 Penyertaan adalah PERCUMA! Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran dan maklumat lanjut. Jom raikan semangat patriotisme, kibarkan Jalur Gemilang dan meriahkan sambutan Bulan Kebangsaan bersama kami! #KembaraMerdekaJalurGemilang2026 #KMJG2026 #JAGO #JabatanPenerangan #JapenKedah #MalaysiaMADANI #KibarJalurGemilang #Merdeka2026 #SungaiPetani #MYDIN #KomunitiMADANI