• Pejabat SUK Selangor – Sambutan Ambang Merdeka

    Tarikh : 30 Ogos 2025 Masa : 8.00 malam - 12.00 malam Tempat : Stadium Sungai Besar, Sungai Besar Pelbagai aktiviti menarik menanti anda seperti :- 🇲🇾 Ambang Merdeka 🎤Persembahan Artis Sebarang pertanyan boleh hubungi MDSB ditalian 03-32241655. Daftar disini: https://tinyurl.com/festsgor

  • KKM – Pertandingan TikTok Merdeka 2025

    𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐊𝐓𝐎𝐊 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟓: “𝐋𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐒𝐢𝐡𝐚𝐭, 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐌𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚” Tema: “Langkah Sihat, Langkah Merdeka”. Khas buat semua warga Kementerian Kesihatan Malaysia! Tunjukkan kreativiti anda! Rakam video TikTok minimum 15 saat & maksimum 1 minit yang menggabungkan: Gaya hidup sihat Semangat kemerdekaan Kreativiti & mesej positif Cara Sertai: Rakam & upload video di TikTok (akaun ‘public’) & tag @KKMalaysia Guna hashtag rasmi: #KKMMerdekaSihat #KKMPrihatin #BersamaMalaysiaku #MalaysiaSihat #MalaysiaMADANI Isi borang penyertaan & bersama pautan video sebelum atau pada 31 Ogos 2025 https://bit.ly/3HmrK0C

  • MBSJ – Konvoi Rakyat Disantuni

    Bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68, #SJcitycouncil dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 4 akan menganjurkan Program Konvoi ‘Rakyat Disantuni’ Subang Jaya 2025 pada 31 Ogos 2025 (Ahad) bertempat di The Summit USJ Mall, Subang Jaya. Jom ramai-ramai memeriahkan program ini yang menampilkan pelbagai pengisian menarik, antaranya: ✨ Perarakan Konvoi Kereta Klasik ✨ Kuiz Sempena Sambutan Kemerdekaan ✨ Pertandingan Catur Anak Merdeka ✨ Kempen Derma Darah & Pemeriksaan Kesihatan bersama Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ✨ Sesi Foto Bersama Lagenda Sukan ✨ Pameran dari pelbagai agensi Ayuh kita bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan kali ini di Subang Jaya! ‘MBSJ Gemilang Bersama’

  • APMM – Pameran Patriot Maritim Malaysia

    Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menjemput orang ramai untuk bersama-sama memeriahkan Pameran Patriot Maritim Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia tahun ini pada ketetapan berikut ; 📍 AEON Mall Nilai 📅 6 September 2025 (Sabtu) 🕙 10.00 pagi – 6.00 petang Antara pengisian menarik menanti anda: ⚓ Pameran Maritim Malaysia ⚓ Kuiz Interaktif Maritim Malaysia ⚓ Perkongsian bersama anggota Maritim Malaysia Jom merasai pengalaman bersama anggota dan pegawai Maritim Malaysia - 'Wira Samudera Perairan Negara'. Bawa seisi keluarga dan raikan Hari Malaysia penuh bermakna bersama Maritim Malaysia!

  • Kerajaan Negeri Pahang – Sambutan Hari Malaysia 2025 Peringkat Negeri Pahang

        𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐚𝐡𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐚𝐫𝐮𝐥 𝐌𝐚𝐤𝐦𝐮𝐫 akan berlangsung pada 16 September 2025 (Selasa), 9 malam bertempat di Dataran Raub, Pahang. Ayuh, sama-sama kita semarakkan semangat patriotisme dan cintakan negara. Cabutan bertuah menanti anda !

  • Kerajaan Negeri Perak – Program Semarak Merdeka & Sambutan Hari Malaysia Peringkat Daerah Bagan Datuk 2025

    Program Semarak Merdeka & Sambutan Hari Malaysia Peringkat Daerah Bagan Datuk 2025 📍 Pekan Bagan Datuk 🗓️ 10 September 2025 Dijemput kepada semua warga Bagan Datuk untuk bersama-sama memeriahkan sambutan penuh makna ini! 🎉 Aktiviti menarik menanti anda: ✅ Senamrobik di Dataran Jam Bagan Datuk ✅ Perarakan Kemerdekaan sambil mengibarkan Jalur Gemilang melalui Pekan Bagan hingga ke BD Walk ✅ Persembahan pentomen kemerdekaan daripada IPD Bagan Datuk ✅Persembahan Pidato ✅ Deklamasi sajak ✅ Persembahan koir daripada Majlis Perbandaran Teluk Intan. ✅ Tarian kebudayaan daripada SK Sungai Tiang. ✅Jualan rahmah ✅Pemeriksaan kesihatan percuma Dengan tema “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni" marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, menyuburkan perpaduan, dan menzahirkan kecintaan kepada tanah air tercinta. 💫 Kehadiran anda adalah tanda sokongan kepada perjuangan bangsa dan Malaysia yang gemilang! 🇲🇾