• MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN HARI SABAH DAN KEMPEN KIBAR BENDERA 2026

    🇲🇾 𝗔𝘆𝘂𝗵 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗺𝘂𝗹𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻, 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻 𝗞𝗶𝗯𝗮𝗿 𝗕𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗮 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝘂𝗵 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗽𝗮𝘁𝗿𝗶𝗼𝘁𝗶𝘀𝗺𝗲! Saksikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan, Hari Sabah dan Kempen Kibar Bendera 2026 yang akan disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah. 📅 1 Ogos 2026 (Sabtu) 🕣 8.30 pagi 📍 Menara Kinabalu, Kota Kinabalu Semarakkan Bulan Kebangsaan dan Hari Sabah dengan menjayakan Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang melalui pengibaran Jalur Gemilang dan Bendera Sabah di setiap kediaman sebagai tanda cinta kepada negara, dan semangat perpaduan. #HKHS2026 #1Rumah1JalurGemilang #MalaysiaMADANI #SabahMajuJaya #JAPENSabah

  • KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG 2026 X JAGO – SUNGAI PETANI

    Ayuh bersama-sama memeriahkan Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2026 X JAGO (JAPEN Arena Penggerak Komuniti) yang bakal berlangsung dengan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga. 🗓️ Tarikh: 2 Ogos 2026 (Ahad) 🕣 Masa: 8.30 pagi – 2.00 petang 📍 Lokasi: Pasaraya MYDIN Taman Batik, Sungai Petani, Kedah Antara aktiviti yang menanti anda: 🇲🇾 Pertandingan Mewarna Kanak-kanak (4–6 tahun) bersama keluarga 🇲🇾 Pertandingan Busana Merdeka (4-6 tahun) bersama keluarga 🇲🇾 Pameran dan Kaunter Perkhidmatan Agensi 🇲🇾 Persembahan Pentarama JAGO 🎉 Penyertaan adalah PERCUMA! Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran dan maklumat lanjut. Jom raikan semangat patriotisme, kibarkan Jalur Gemilang dan meriahkan sambutan Bulan Kebangsaan bersama kami! #KembaraMerdekaJalurGemilang2026 #KMJG2026 #JAGO #JabatanPenerangan #JapenKedah #MalaysiaMADANI #KibarJalurGemilang #Merdeka2026 #SungaiPetani #MYDIN #KomunitiMADANI

  • MAJLIS PELUNCURAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG 2026 PERINGKAT NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

    Moh orang ramai khususnya warga Pahang dijemput hadir memeriahkan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2026 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur pada: 9 Ogos 2026 (Ahad) 5.00 Pagi - 12.00 Malam Dataran Raub, Pahang Antara aktiviti yang disediakan ialah: Subuh Warrior ( Masjid Tengku Abu Bakar) Aerodance Pertandingan Mewarna Patriotik Kanak-Kanak & Warga Emas Pertandingan Tarik Tali Pertandingan Netball Shootout 5 Sebelah Pertandingan Penalti Shooutout Walk A Town With Me Konsert Kibaran Merdeka Cabutan bertuah juga menanti anda. Jumpa anda di sana ! #HKHM2026 #MalaysiaMADANI #KesejahteraanDinikmati #Merdeka360 #JabatanPenerangan #phgkoi #Pahang1st

  • MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI MELAKA DAN MAJLIS PELUNCURAN BULAN KEBANGSAAN DAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG 2026 PERINGKAT NEGERI MELAKA

    Majlis ini akan disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Melaka sebagai permulaan rasmi Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2026 Peringkat Negeri Melaka. Pelancaran ini menjadi titik permulaan kepada pelbagai program dan aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang Bulan Kebangsaan bagi menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta memupuk rasa cinta akan negara dalam kalangan rakyat. Ayuh bersama-sama kita kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga sebagai tanda kecintaan kepada Malaysia serta menghargai jasa dan pengorbanan para pejuang yang telah mempertahankan kemerdekaan negara. "Kibarkan Jalur Gemilang, Semarakkan Semangat Kebangsaan."