
MBSJ – Konvoi Rakyat Disantuni
August 31 @ 8:00 am - 12:00 pm

Bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68, #SJcitycouncil dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 4 akan menganjurkan Program Konvoi ‘Rakyat Disantuni’ Subang Jaya 2025 pada 31 Ogos 2025 (Ahad) bertempat di The Summit USJ Mall, Subang Jaya.
Jom ramai-ramai memeriahkan program ini yang menampilkan pelbagai pengisian menarik, antaranya:
✨ Perarakan Konvoi Kereta Klasik
✨ Kuiz Sempena Sambutan Kemerdekaan
✨ Pertandingan Catur Anak Merdeka
✨ Kempen Derma Darah & Pemeriksaan Kesihatan bersama Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
✨ Sesi Foto Bersama Lagenda Sukan
✨ Pameran dari pelbagai agensi
Ayuh kita bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan kali ini di Subang Jaya!
‘MBSJ Gemilang Bersama’