Loading Events

« All Events

KPN – Kempen Taat Setia Rukun Negara

August 1 - September 16

𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐓𝐀𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀 𝐑𝐔𝐊𝐔𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 : 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝟓𝟓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐑𝐔𝐊𝐔𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 !!
Rukun Negara kini genap 55 tahun!
Selama lebih lima dekad, lima prinsip teras ini telah menjadi panduan hidup dan asas penyatuan kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan agama.
Mari kita renungkan kembali nilai-nilai murni yang terkandung dalam Rukun Negara. Bermula daripada Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang, hinggalah kepada Kesopanan dan Kesusilaan. Inilah tiang seri yang membentuk identiti kita sebagai rakyat Malaysia yang harmoni dan bersatu padu.
Sertai Kempen Taat Setia Rukun Negara anjuran Kementerian Perpaduan Negara dan tunjukkan rasa cinta serta komitmen anda terhadap negara tercinta!
Kongsi semangat perpaduan anda bersama rakan-rakan, keluarga, komuniti dan sesiapa sahaja di media sosial!!!
Layari pautan rasmi facebook Kementerian Perpaduan Negara untuk maklumat lanjut.

Details

Start:
August 1
End:
September 16
Event Category:

Organizer

KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA