Loading Events

« All Events

KPN – Anak Merdeka Malaysia

August 31 - September 16

Dalam menyemarakkan semangat patriotik sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, Kementerian Perpaduan Negara menerusi Arkib Negara Malaysia memperkenalkan inisiatif istimewa yang dikenali sebagai “Anak Merdeka Malaysia”.
Program ini memberi penghormatan kepada rakyat Malaysia yang lahir pada dua tarikh bersejarah negara iaitu 31 Ogos dan 16 September sebagai simbol kepada perjuangan, kemerdekaan, dan perpaduan negara.
Pendaftaran kini dibuka dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berkongsi tarikh lahir pada detik bersejarah tersebut, tanpa mengira latar belakang, umur atau kaum. Mereka yang berdaftar akan diberi peluang istimewa untuk menyertai pelbagai aktiviti sempena sambutan rasmi peringkat kebangsaan, menerima cenderahati kenang-kenangan, dan diraikan sebagai antara wira simbolik negara yang mewakili semangat perpaduan rakyat Malaysia.
Pendaftaran boleh dibuat dengan mudah melalui imbasan kod QR pada poster hebahan atau dengan melayari pautan rasmi berikut: https://forms.gle/Zd3fPnGaJwFgWeHNA

Details

Start:
August 31
End:
September 16
Event Category:

Organizer

KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA