
Air Selangor – 62 Air Balang untuk Malaysia
September 13

Sempena Hari Malaysia & ulang tahun ke-6 Air Selangor, kami bawakan ‘62 Air Balang untuk Malaysia’ di Keretapi Sarong 2025!
Nikmati 62 balang air dengan pelbagai rasa kegemaran rakyat Malaysia, semuanya secara percuma. Cari kami di Zon Lepak Paling Malaysia anjuran Media Prima Berhad.
Sertai pelbagai aktiviti menarik, bawa pulang barangan eksklusif dan rebut peluang menangi sebuah skuter Vespa melalui cabutan bertuah!
Ketahui lebih lanjut juga tentang peranan dan tanggungjawab Air Selangor dalam menyediakan bekalan air terawat yang bersih dan selamat untuk semua.