Sambutan Hari Kebangsaan 2024 turut dimeriahkan dengan acara perbarisan dan perarakan kontinjen Angkatan Tentera Malaysia yang terdiri daripada 2,076 pegawai dan anggota. Sebanyak 140 aset kenderaan dan haiwan turut terlibat dalam sambutan ini. Antara aset yang terlibat ialah Kenderaan Perisai Lipan Bara, Kereta Perisai Gempita, Aset Hybrid Tentera Darat, High End Military Watercraft dan lain-lain
Sekitar acara gilang gemilang Sambutan Hari Kebangsaan 2024. Tahniah dan terima kasih atas kerja keras dan kerjasama semua pihak dan teristimewa buat semua warga JAPEN
Hari ini, kami turut berpeluang merakam momen yang menakjubkan semasa pertunjukan udara dalam sambutan Hari Kebangsaan.
Dari formasi yang rapi hingga sorakan penuh semangat, setiap kontinjen menampilkan keindahan dan keunikan sumbangan mereka.
Hari ini, kamera kami berjaya merakam detik-detik berharga di kalangan kontinjen yang terlibat dalam sambutan Hari Kebangsaan
Hari ini menjadi lebih bermakna dengan kehadiran KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Hari ini, kamera kami berjaya merakam momen-momen yang penuh makna melihat rakyat Malaysia dari pelbagai kaum, Melayu, Cina, India, berdiri bersama, menjadi sebahagian daripada sambutan Hari Kebangsaan tahun ini
Pagi tadi, kami berjaya merakam momen-momen indah ketika ribuan rakyat Malaysia hadir dengan penuh semangat, mengibarkan Jalur Gemilang dan meraikan kebanggaan negara pada sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.
Sebanyak 15 buah khemah perubatan kecemasan disediakan sepanjang 2.1km laluan perbarisan yang akan memberikan bantuan awal perubatan kepada anggota perbarisan, peserta persembahan dan orang awam
Menteri Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024, YB Fahmi Fadzil hari ini hadir ke sesi raptai penuh sempena Hari Kebangsaan 2024
Temubual Siaran Luar SuriaFM bersama YB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024
Temubual Siaran Luar SuriaFM bersama YBrs. Encik Mazlan bin Abd Mutalib, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Kementerian Komunikasi merangkap Setiausaha Jawatankuasa Induk HKHM 2024
YB Menteri Komunikasi membuat tinjauan ke Pusat Media Hari Kebangsaan 2024 di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Putrajaya
Elemen Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka yang diketengahkan menerusi acara perbarisan dan perarakan di samping pelbagai persembahan menarik menanti seluruh rakyat Malaysia di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos ini
Temu bual YBrs. Encik Rosnan bin Nordin, Timbalan Ketua Pengarah (Kebudayaan & Kesenian) oleh RTM dan FMT berkenaan Sambutan Hari Kebangsaan 2024