HKHM 2026 l MESYUARAT POST-MORTEM SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2026





HKHM 2026 l MESYUARAT POST-MORTEM SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2026
Selepas Sambutan Hari Malaysia 2026 melabuhkan tirai, Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 hari ini mengadakan Mesyuarat Post Mortem yang dipengerusikan bersama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja HKHM 2026, Datuk Abdul Halim Hamzah; Pengarah Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara, Datu Hamdan Haji Sharbini serta Pengarah Istiadat dan Protokol Sabah, Syahrin Samsir di Kuching, Sarawak.
Mesyuarat ini diadakan bagi menilai pelaksanaan keseluruhan Sambutan Hari Malaysia 2026, termasuk aspek pengurusan, penyelarasan, protokol dan perjalanan program, di samping mengenal pasti ruang penambahbaikan untuk memastikan penganjuran yang bakal diadakan pada tahun-tahun akan datang dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, lancar dan berkesan.
Hadir sama Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) merangkap Setiausaha Jawatankuasa Kerja HKHM 2026, Datuk Aminurrahim Mohamed.
Sumber: Facebook Kementerian Komunikasi
#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360


