HKHM 2026 l MAJLIS SAMBUTAN HARI MALAYSIA PERINGKAT KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT (KPWKM)












HKHM 2026 l MAJLIS SAMBUTAN HARI MALAYSIA PERINGKAT KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT (KPWKM)
Majlis Sambutan Hari Malaysia peringkat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang mengangkat tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati” disambut dengan penuh warna-warni serta pelbagai pengisian dan aktiviti menarik.
YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menyempurnakan majlis sambutan itu bersama warga KPWKM yang turut dihadiri oleh YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri; YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha; YBrs. Encik Mohd Daud Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar); serta pengurusan tertinggi yang lain.
YB Menteri turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang Pertandingan Poster Digital dan Kuiz Pameran Tinta Warisan yang diadakan bersempena dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2026.
Majlis ini diakhiri dengan persembahan deklamasi sajak bertajuk “Tanah Jantung”, nukilan Sasterawan Negara, Allahyarham Dato’ Usman Awang yang menyentuh jiwa serta mengimbau kepentingan menjaga kedaulatan dan keharmonian negara.
Penganjuran sambutan ini bukan sekadar memupuk nilai perpaduan dan menghargai kepelbagaian kaum dan budaya, tetapi turut memperkukuh silaturahim dalam kalangan warga KPWKM demi kesejahteraan bersama.
Sumber: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360


