HKHM 2026 l MAJLIS SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2026












HKHM 2026 l MAJLIS SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2026
Sambutan Hari Malaysia 2026 berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), Sarawak malam ini dengan kehadiran seramai 6,000 tetamu.
Sambutan disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, diiringi Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim; Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari; dan Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
Pengisian menampilkan tarian selamat datang “Segulai Sejalai”, sesi menandatangani Buku Khas Sambutan Hari Malaysia 2026 serta teater muzikal “Malaysiaku MADANI, Kesejahteraan Dinikmati” dan tarian “Serumpun MADANI” yang menyatukan seni budaya Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Hadir sama Menteri Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan HKHM 2026, YB Dato’ Seri Fahmi Fadzil; serta Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak dan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, YB Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah selaku Pengerusi Bersama Sambutan Hari Malaysia 2026. Turut hadir barisan Menteri Kerajaan Persekutuan, Sarawak dan Sabah serta Ketua Pengarah JAPEN, Erwin Khairul Ahmad.
Kepelbagaian yang diraikan pada malam ini mencerminkan kekuatan Malaysia yang dibina atas perpaduan dan keharmonian rakyat.
Foto: Jabatan Penerangan Malaysia
#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360


