HKHM 2026 l MAJLIS PERASMIAN PAMERAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2026






HKHM 2026 l MAJLIS PERASMIAN PAMERAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2026
JAPEN dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak, Pustaka Negeri Sarawak, Jabatan Arkib Negeri Sabah, Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Unit Perancang Ekonomi Sarawak (EPU) dan Jabatan Muzium Sarawak sedang mengadakan Pameran Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2026.
Menerusi pameran ini, pengunjung akan dibawa merentasi terowong yang dibahagi kepada lima segmen iaitu :
Segmen 1 : Denai Masa Pembentukan Malaysia
Segmen 2 : Dokumen Pembentukan Malaysia
Segmen 3 : Jawatankuasa dan Suruhanjaya Pembentukan Malaysia
Segmen 4 : Galeri Tokoh
Segmen 5 : Galeri Kenegaraan : Jejak Identiti Malaysia
Selain itu, beberapa aktiviti menarik juga menanti para pengunjung seperti Kuiz Kenegaraan, Kahoot Games, Pocket Talk dan demonstrasi pemuliharaan dokumen.
Persembahan hiburan dari PENTARAMA, tarian kebudayaan dan persembahan alat muzik sape turut diadakan.
Program yang berlangsung dari 10 hingga 16 September 2026 ini telah dirasmikan bersama oleh Yang Berhormat Menteri Komunikasi, Dato’ Seri Fahmi Fadzil dan Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan serta Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawanan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah di Atrium Utama, Plaza Merdeka, Kuching sebentar tadi.
Program ini turut diadakan serentak di Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.
Bukan sahaja di Sarawak, pameran ini juga diadakan di Putrajaya dan Kota Kinabalu.
Sumber: Facebook Ketua Pengarah JAPEN
#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360


