HKHM 2026 l PROGRAM EDARAN BAHAN PROMOSI SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2026






HKHM 2026 l PROGRAM EDARAN BAHAN PROMOSI SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2026
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026, Datuk Abdul Halim Hamzah bersama-sama Pasukan Sukarelawan Jawatankuasa Penajaan HKHM hari ini membuat edaran barangan penajaan dan bahan promosi Sambutan Hari Malaysia kepada orang awam sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha menyemarakkan Sambutan Hari Malaysia serta mengajak seluruh rakyat bersama-sama menzahirkan semangat patriotik, perpaduan dan kecintaan terhadap negara. Hari Malaysia bukan sekadar sebuah peringatan sejarah, tetapi simbol kekuatan sebagai sebuah negara yang bersatu dalam kepelbagaian.
Hadir sama Setiausaha Bahagian Kawalan dan Pematuhan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penajaan HKHM 2026, Kamarudin Abd Rani; Setiausaha Bahagian Pengurusan, Harun Ali; Setiausaha Bahagian Teknologi Komunikasi, Nik Yusaimi Yussof: Setiausaha Bahagian Komunikasi Strategik dan Korporat, Naim Fahmi Tajuddin; serta Pengarah Penerangan Negeri Sarawak, Sabri Said.
Sumber: Facebook Kementerian Komunikasi
#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360


