HKHM 2026 l PENTARAMA MERDEKA@HOHO SEMARAKKAN KEBERSAMAAN SEMPENA HARI MALAYSIA 2026













HKHM 2026 l PROGRAM PENTARAMA MERDEKA@HOHO SEMARAKKAN KEBERSAMAAN SEMPENA HARI MALAYSIA 2026
Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) telah menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 menerusi penganjuran PENTARAMA Merdeka@HOHO, sebuah program jelajah bandar raya Kuala Lumpur dengan menggunakan bas dua tingkat KL Hop-On Hop-Off (KL HOHO).
Siri jelajah kedua tahun ini melibatkan tiga lokasi tumpuan di sekitar bandar raya Kuala Lumpur iaitu Dataran Merdeka, Sungei Wang Plaza dan Pavilion Bukit Bintang dengan kehadiran lebih 4,000 khalayak terdiri daripada masyarakat tempatan dan luar negara.
Menariknya, program ini menampilkan persembahan secara langsung daripada artis budaya dan pemuzik PENTARAMA, selain edaran Jalur Gemilang kepada orang awam serta penyampaian mesej patriotik, kebersamaan dan perpaduan melalui pendekatan bersemuka dengan masyarakat.
Program ini turut menjadi platform menggalakkan masyarakat untuk bersama-sama menyemarakkan sambutan Hari Malaysia yang akan berlangsung pada 16 September 2026 ini di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak.
Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Erwin Khairul Ahmad, dan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat (BPKPM), Jabatan Penerangan Malaysia, Muhammad Najmi Mustapha.
Terima kasih Kuala Lumpur atas sambutan dan kemeriahan yang diberikan!
#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360


