HKHM 2026 I PAMERAN HARI MALAYSIA TAMPILKAN DOKUMEN PENTING BERKAITAN PEMBENTUKAN NEGARA

HKHM 2026 I PAMERAN HARI MALAYSIA TAMPILKAN DOKUMEN PENTING BERKAITAN PEMBENTUKAN NEGARA

HKHM 2026 I PAMERAN HARI MALAYSIA TAMPILKAN DOKUMEN PENTING BERKAITAN PEMBENTUKAN NEGARA

KUCHING, 10 Sept (Bernama) – Pameran Hari Malaysia 2026 yang berlangsung di Atrium Utama, Plaza Merdeka di sini diangkat sebagai platform utama bagi memperluas penghayatan masyarakat terhadap sejarah pembentukan negara sempena Sambutan Hari Malaysia tahun ini. 

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata penganjuran pameran itu penting bagi meletakkan fakta sejarah yang betul serta mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat, terutamanya pada era cabaran media sosial.

“Detik 16 September ini amat penting untuk difahami semua kerana kita sedar banyak kekeliruan berpunca daripada cabaran media sosial dan pelbagai interpretasi serta persepsi tntang sejarah Malaysia.

“Sebab itu kita ambil kesempatan daripada Hari Malaysia yang diadakan di Sarawak ini untuk meletakkan fakta betul supaya kita tidak keliru,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pratonton Pameran Hari Malaysia 2026 di sini, hari ini. 

Berkonsepkan koridor Zaman Pembentukan Malaysia, pameran berkenaan negara menerusi lima segmen utama antaranya Denai Masa Pembentukan Malaysia, Dokumen Pembentukan Malaysia serta Galeri Tokoh.

Abdullah berkata pameran berkenaan turut mengetengahkan dokumen-dokumen penting berkaitan pembentukan Malaysia serta maklumat mengenai identiti negara seperti Perlembagaan dan Rukun Negara. 

Beliau turut menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk mengetepikan sebarang perbezaan dan memperkukuh semangat perpaduan serta patriotisme.

Pameran Hari Malaysia 2026 yang bermula hari ini hingga 16 September dianjurkan Kementerian Komunikasi menerusi Jabatan Penerangan.

Selain itu, Pameran Mini Sambutan Perayaan Hari Malaysia turut dilaksanakan di 10 bahagian di seluruh Sarawak serta lokasi tambahan di Putrajaya dan Sabah. 

Sumber: BERNAMA 

#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360

🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾