HKHM 2026 l SESI RAPTAI SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026 - WIRA BERKAKI EMPAT TURUT MENCURI PERHATIAN!






HKHM 2026 l SESI RAPTAI SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026 – WIRA BERKAKI EMPAT TURUT MENCURI TUMPUAN!
Sempena Majlis Raptai Perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2026, satu pemandangan menarik perhatian ramai — kemunculan pasukan K9 agensi penguatkuasaan yang turut mengambil bahagian dalam perbarisan.
Yang paling mencuri perhatian adalah anjing-anjing K9 ini lengkap memakai kasut!
Ramai mungkin tertanya-tanya:
“Kenapa anjing K9 pakai kasut?”
Sebenarnya, kasut K9 bukan sekadar untuk nampak kemas atau bergaya ketika berbaris.
1) Melindungi tapak kaki daripada permukaan panas dan kasar.
2) Mengurangkan risiko kecederaan akibat batu, serpihan atau permukaan yang boleh mencederakan tapak kaki.
3) Memberikan perlindungan tambahan ketika anjing menjalankan tugas di kawasan operasi yang mencabar.
4) Dan yang penting, keselesaan serta kebajikan K9 juga perlu diberi perhatian kerana mereka merupakan sebahagian daripada pasukan penguatkuasaan.
K9 bukan sekadar anjing.
Mereka adalah rakan setugas, wira berkaki empat dan aset penting negara yang dilatih untuk membantu dalam pelbagai operasi pengesanan dan tugasan berisiko. PDRM sendiri menekankan aspek kesiapsiagaan, disiplin, keserasian serta kebajikan Unit K9.
Jadi, kalau nampak K9 berkawad dengan kasut sempena Hari Kebangsaan nanti…jangan terkejut
Itulah kasut untuk melindungi kaki wira berkaki empat yang turut berkhidmat untuk negara!
Selamat menyambut Hari Kebangsaan Malaysia 2026!
Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati
Sumber: Facebook Perbadanan Putrajaya
#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360


