HKHM 2026 I TEMBAKAN MERIAM HARI KEBANGSAAN 2026

HKHM 2026 I TEMBAKAN MERIAM HARI KEBANGSAAN 2026

HKHM 2026 I TEMBAKAN MERIAM HARI KEBANGSAAN 2026

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan tembakan meriam sebagai sebahagian daripada pengisian rasmi Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 di Putrajaya. Penduduk sekitar dinasihatkan supaya tidak panik atau cemas apabila mendengar bunyi tembakan berkenaan.

β€œTanpa negara yang aman, pembangunan tidak mungkin dapat dinikmati sepenuhnya oleh rakyat.”
~YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.

Bagi raptai penuh pada 29 Ogos 2026, sebanyak 2 das tembakan akan dilaksanakan pada 8.00 pagi, manakala pada Hari Kebangsaan, 31 Ogos 2026, sebanyak 14 das tembakan akan dilaksanakan pada 8.00 pagi di Lot 3C1, Presint 3, Putrajaya.

Pelaksanaan ini merupakan sebahagian daripada persiapan terancang menjelang sambutan Hari Kebangsaan. KDN menyeru orang ramai agar sentiasa mengikuti maklumat rasmi, mematuhi arahan keselamatan serta memberikan kerjasama kepada petugas bagi memastikan sambutan berlangsung dengan aman, selamat dan teratur.

Pendekatan Smart Enforcement, kesiapsiagaan agensi keselamatan dan kerjasama rakyat menjadi asas kepada sambutan yang people-centric serta menyemarakkan semangat cintakan negara.

2 DAS RAPTAI
14 DAS HARI ACARA
SATU SEMANGAT KEMERDEKAAN πŸ‡²πŸ‡Ύ

Sumber: Kenyataan Media Ketua Polis Kuala Lumpur, 25 Ogos 2026 | BERNAMA

#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ