HKHM 2026 l PERSIAPAN PETUGAS SUKARELAWAN JAWATANKUASA PENAJAAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2026









HKHM 2026 l PERSIAPAN PETUGAS SUKARELAWAN JAWATANKUASA PENAJAAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2026
Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026, Datuk Abdul Halim Hamzah berkesempatan meninjau persiapan petugas sukarelawan Jawatankuasa Penajaan HKHM 2026 pada 26 Ogos 2026 yang sedang menyiapkan barangan untuk diedarkan kepada orang ramai di Dewan B1, Menara Komunikasi, Putrajaya.
Selain meninjau persiapan, YB Teo Nie Ching dan Datuk Halim Hamzah masing-masing turut meluangkan masa menyantuni para sukarelawan serta bersama-sama menyiapkan 700 pek barangan yang bakal diagihkan kepada petugas media sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan sokongan mereka dalam menjayakan Sambutan Hari Kebangsaan 2026.
Para sukarelawan melaksanakan proses pengasingan barangan yang diterima daripada lebih 130 rakan strategik untuk diagihkan, selain memenuhi keperluan pelbagai jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan Sambutan Hari Kebangsaan 2026.
Hadir sama Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) merangkap Setiausaha Jawatankuasa Kerja HKHM 2026, Datuk Aminurrahim Mohamed serta Setiausaha Bahagian Kawalan dan Pematuhan merangkat Pengerusi Jawatankuasa Penajaan HKHM 2026, Kamarudin Abdul Rani.
#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360


