HKHM 2026 I PROGRAM RIADAH KIBAR JALUR GEMILANG 2026

HKHM 2026 l PROGRAM RIADAH KIBAR JALUR GEMILANG 2026

cee59380-d514-4967-8ab2-aec5f1f83399
dcba8514-ded1-4c04-a906-5fcc94f69fc3
7a004073-09f7-4bfe-8505-63c76baa2144
b826992e-931b-4031-a928-fc524f7ad360
a6410164-eb27-40fc-a672-6b002e75662a
32281ce4-0945-47e7-bfbf-ba85ba6a7d15

HKHM 2026 l PROGRAM RIADAH KIBAR JALUR GEMILANG 2026

Semangat patriotisme terus disemarakkan warga Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi Program Riadah Kibar Jalur Gemilang 2026 sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2026 yang berlangsung di Kompleks E, Putrajaya.

Program yang disempurnakan oleh YB Menteri Pendidikan dan YB Timbalan Menteri Pendidikan itu turut melibatkan pengurusan tertinggi serta lebih 300 warga KPM menerusi aktiviti berjalan pantas sejauh 3 kilometer dan senamrobik sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

Penganjuran program ini turut menyokong pelaksanaan Inisiatif Penjawat Awam Sihat Sejahtera (i-PASS) dan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS), selain menjadi persediaan warga KPM menghadapi Cabaran Langkah Sihat Putrajaya Antara Kementerian 2026.

Kibaran Jalur Gemilang menjadi lambang kesatuan dan semangat kebersamaan warga pendidikan dalam menghayati erti kemerdekaan, menyemarakkan Bulan Kebangsaan serta memperkukuh kecintaan terhadap negara.

Terima kasih kepada seluruh warga KPM yang bersama-sama menjayakan program ini serta menyemarakkan semangat patriotisme dan budaya hidup sihat.

Tahun Ini, Tahun Kita
“Guru Bitara Nadi Negara”

#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360

🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾