HKHM 2026 I MERDEKA BERSAMA RAPID KL: PERKHIDMATAN REL DAN BAS TERPILIH BEROPERASI PADA 30 DAN 31 OGOS 2026
HKHM 2026 I MERDEKA BERSAMA RAPID KL: PERKHIDMATAN REL DAN BAS TERPILIH BEROPERASI 24 JAM PADA 30 DAN 31 OGOS 2026
Rapid KL akan melanjutkan waktu operasi perkhidmatan rel dan bas terpilih kepada 24 jam bermula 30 Ogos hingga 31 Ogos 2026 bagi memudahkan pergerakan orang ramai sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026.
Operasi 24 jam ini melibatkan semua perkhidmatan rel kendalian Rapid KL, merangkumi Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel Kuala Lumpur.
Manakala perkhidmatan Bas Rapid Transit (BRT) Laluan Sunway serta beberapa lalauan bas dan Rapid KL On-Demand (ROD) turut beroperasi selama 24 jam, sekali gus menyediakan lebih banyak pilihan perjalanan kepada orang ramai sepanjang tempoh sambutan.
Maklumat terperinci mengenai operasi dan perkhidmatan Rapid KL sepanjang Sambutan Hari Kebangsaan 2026 boleh diakses menerusi platform media sosial Rapid KL atau layari www.myrapid.com.my.
#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360


