HKHM 2026 I FUN WALK KDN MERDEKA – SEMARAK SEMANGAT PATRIOTIK WARGA KDN

HKHM 2026 l FUN WALK KDN MERDEKA - SEMARAK SEMANGAT PATRIOTIK WARGA KDN

d56a6422-8eb2-44f4-af42-21de6c1bb69c
6791ae9f-e19a-48b0-aabf-c8b0b570fbfe
ed4926a8-eb9f-4059-af85-86048bec7b55
11f4e903-a29e-47ff-8533-4207e21512bd
5364d763-ee7e-4e58-8b94-b743519e812b
af6153c0-084f-4cf4-a2d4-f2a9e4edda6a
4013900f-368b-4cc7-b469-f1e416b0ae08
c754fd93-52b9-4e7e-b0b3-7dd826260aa5
88db8953-f56b-413d-8ff4-21b2c58329fd

HKHM 2026 l FUN WALK KDN MERDEKA – SEMARAK SEMANGAT PATRIOTIK WARGA KDN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menganjurkan Fun Walk KDN Merdeka (3KM) bertempat di Lobi, Setia Perkasa 1, Kompleks Setia Perkasa, Putrajaya, bersempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia Peringkat KDN 2026.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Datuk Dr. Awang Alik bin Jeman, Ketua Setiausaha KDN dan YBrs. Puan Ainah binti Mohd Soon, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN, serta Setiausaha-Setiausaha Bahagian dan warga KDN.

Berlangsung dalam suasana santai dan penuh semangat patriotik, program ini menghimpunkan warga KDN dalam aktiviti berjalan kaki sejauh 3 kilometer, sekali gus menggalakkan amalan gaya hidup sihat, menyemarakkan semangat cintakan negara serta memperkukuh hubungan silaturahim dan semangat kekitaan dalam kalangan warga KDN.

Langkah bersama, semangat merdeka! 🇲🇾

Sumber: Facebook Kementerian Dalam Negeri (KDN)

#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360

🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾