HKHM 2026 l KURSUS KECERGASAN DAN SEMARAK KEMERDEKAAN JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR TAHUN 2026









HKHM 2026 l KURSUS KECERGASAN DAN SEMARAK KEMERDEKAAN JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR TAHUN 2026
20 Ogos 2026 – Jabatan Pertanian Negeri Selangor telah menganjurkan Kursus Kecergasan dan Semarak Kemerdekaan Jabatan Pertanian Negeri Selangor Tahun 2026 bertempat di Taman Botani Negara Shah Alam, dengan penyertaan seramai 220 orang warga kerja Jabatan Pertanian Negeri Selangor.
Program ini merupakan antara inisiatif Jabatan dalam menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan, di samping membudayakan gaya hidup sihat, meningkatkan tahap kecergasan serta menyemai semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara dalam kalangan warga kerja.
Program telah disempurnakan oleh Pengarah Pertanian Negeri Selangor, diiringi oleh Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) dan Timbalan Pengarah Pertanian (Operasi).
Dalam ucapan aluannya, Pengarah Pertanian Negeri Selangor menekankan bahawa semangat kemerdekaan dalam kalangan penjawat awam perlu diterjemahkan melalui integriti, amanah, profesionalisme dan kesungguhan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Nilai-nilai ini menjadi asas dalam melaksanakan tanggungjawab serta menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan masyarakat.
Semoga semangat kemerdekaan yang disemarakkan terus menjadi pemangkin kepada pembentukan warga kerja yang sihat, cergas, berintegriti dan berdaya saing, serta terus komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara.
Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69
Sumber: Facebook Jabatan Pertanian Negeri Selangor
#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360


