HKHM 2026 l KEMPEN 1R1JG KENINGAU PERKASA PATRIOTISME MENERUSI TIGA KLUSTER






HKHM 2026 l KEMPEN 1R1JG KENINGAU PERKASA PATRIOTISME MENERUSI TIGA KLUSTER
KENINGAU : Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) daerah Keningau terus diperkasa menerusi penglibatan tiga kluster utama iaitu pendidikan, keselamatan dan ibadat.
“Semangat merdeka hendaklah diterjemahkan dengan mengetepikan perpecahan dan membuka lembaran baru demi membina Malaysia yang harmoni.
“Selain itu, penghayatan kemerdekaan wajar diterapkan dalam kehidupan seharian, khususnya dalam kalangan generasi muda sebagai pewaris masa depan negara.
“Kesetiaan kepada negara dan keikhlasan untuk berbakti adalah antara langkah kecil yang mampu menuai perkara-perkara besar,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2026 di Kolej Vokasional Keningau, pada Khamis.
Kolej Vokasional Keningau menjadi antara lokasi pelaksanaan kempen 1R1JG bagi Kluster Pendidikan, sementara Kluster Keselamatan melibatkan Balai Bomba Keningau dan Kluster Ibadat di Masjid Al-Zilal, Kampung Bayangan.
Masjid berkenaan turut menjadi lokasi penyerahan Wakalah Zakat daripada Badan Kebajikan Islam TM (BAKIT TM Sabah) yang disampaikan Pengurus Pemasaran dan Hubungan Awam TM Sabah, Nurul Izza Ripin kepada Pengerusi Masjid Al-Zilal, Kampung Bayangan, Rosimum Wasimin.
Pengisian kempen diteruskan dengan penyerahan kit bendera di Tokong Keningau, serta Program Langkah Jiwa Merdeka di sekitar Pekan Keningau./Penerangan-
Sumber: Jabatan Penerangan Negeri Sabah
#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360
🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾


