HKHM 2026 I LANGKAH KITA, SEMARAK MERDEKA!

HKHM 2026 l LANGKAH KITA, SEMARAK MERDEKA!

e7ace3de-17ec-4e51-92cb-1ca2088a6707
c2573b82-0488-4987-8270-96d1aaff8a3d
cf0628d1-d6e6-45a3-8e05-9d9b9d2d823c
645a53b6-708d-4ac2-a54d-7bf4aaba7c3c
4034d45d-de5d-4ae1-87ea-86205ca08b78
3ee3fd94-198c-41f2-94bb-76cca989cdd0
92cbef66-7263-4dba-8214-139d246368bb
1b8458b9-a20c-46c7-bfcd-a3a7a166a23f
86939c5b-2c8c-4fb7-8883-505e348a622c

HKHM 2026 l LANGKAH KITA, SEMARAK MERDEKA!

Sempena Bulan Kemerdekaan negara yang ke-69, warga LKTN hari ini bersatu hati menzahirkan rasa cinta pada Negara Malaysia melalui Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan & Program Kibar Jalur Gemilang Peringkat LKTN Tahun 2026.

Majlis penuh bermakna ini telah disempurnakan dengan jayanya oleh YBhg. Datuk Seri LSr. Dr. Haji Md. Alwi Hj. Che Ahmad (Pengerusi LKTN) diiringi oleh YBrs. Tuan Haji Wan Baharuddin Wan Ismail (Ketua Pengarah LKTN), YBrs. Technologies Mohd Fadzhel Mohd Nasir (Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan LKTN) dan YBrs. En. Muhammad Zuhdi Mustaffa (Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan dan Operasi LKTN). Kehadiran YBhg. Pengerusi LKTN bersama-sama seluruh warga kerja LKTN telah menyemarakkan lagi iltizam untuk mempertahankan kedaulatan negara melalui semangat jiwa merdeka di samping memupuk semangat perpaduan warga LKTN.

Bagi memeriahkan lagi suasana, aktiviti sampingan Kenaf Walk 2026 turut diadakan sebelum bermulanya acara Sambutan Bulan Kemerdekaan ini. Acara jalan santai ini bukan sahaja berjaya memupuk gaya hidup sihat, malah memperkukuh ukhuwah dan perpaduan yang menjadi teras keharmonian Malaysia MADANI. Sesungguhnya kehadiran seluruh warga LKTN di perkarangan Ibu Pejabat LKTN pagi ini jelas menyuntik inspirasi kepada semua kakitangan untuk terus melangkah, bukan sahaja dalam menjaga kecergasan fizikal, malah dalam memacu kecemerlangan LKTN melalui majlis ini.

Acara pada pagi diteruskan dengan pelepasan Konvoi Merdeka Kenderaan LKTN. Deretan kenderaan jabatan yang dihias megah dengan Jalur Gemilang bersedia membawa mesej patriotisme warga LKTN. Terima kasih juga diucapkan kepada St. John Ambulans serta anggota RELA kerana membantu LKTN dalam melancarkan program pada hari ini.

Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Program Kibar Jalur Gemilang peringkat Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) 2026 ini kemudiannya diakhiri dengan penuh emosi dan semangat! Ayuh kita kekalkan momentum ini sepanjang Bulan Kebangsaan!

Sumber: Facebook Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN)

#HKHM2026

#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360  

🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾