HKHM 2026 I KEMPEN BULAN KEBANGSAAN 2026 BPLANT

HKHM 2026 l KEMPEN BULAN KEBANGSAAN 2026 BPLANT

0526a45f-e29b-46a2-ba26-0a33f1d80342
59545687-f284-4804-838a-af4397e82f6e
44521982-265e-47d0-81eb-0a2bc79e8820
aa132cfc-cadd-4449-a424-122ff90138c6
74baef99-6171-405d-b84c-a3660dc3ddff
1f2b1f45-2020-46f5-879c-73589c465f76

HKHM 2026 l KEMPEN BULAN KEBANGSAAN 2026 BPLANT

Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026, Boustead Plantations Berhad (BPlant) telah melancarkan Sambutan Bulan Kebangsaan BPlant 2026 bagi menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan warga BPlant.

Pada sesi Boustead Plantations Townhall 2026 yang berlangsung pada 13 Ogos lalu, majlis peluncuran Bulan Kebangsaan BPlant 2026 telah diadakan, disusuli dengan lafaz Ikrar Rukun Negara sebagai tanda komitmen warga BPlant untuk terus menghayati prinsip Rukun Negara serta memperkukuh nilai perpaduan, keharmonian dan tanggungjawab bersama.

Pelbagai aktiviti menarik menanti warga BPlant sepanjang Bulan Kebangsaan, termasuk Pertandingan Menghias Ruang Kerja Sempena Bulan Kebangsaan dan Pertandingan Peragaan Pakaian Bulan Kebangsaan.

Bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang, kami hidupkan semangatnya! Nantikan kemeriahan, kreativiti dan semangat patriotisme warga BPlant sepanjang Bulan Kebangsaan 2026.

Sumber: Facebook Boustead Plantations Berhad (BPlant)

#HKHM2026

#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360  

🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾