HKHM 2026 l IPD MARAN DALAM PELUNCURAN (FLAG-OFF) SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN LAMBANG CINTAKAN NEGARA









HKHM 2026 l IPD MARAN DALAM PELUNCURAN (FLAG-OFF) SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN LAMBANG CINTAKAN NEGARA
Tarikh: Rabu, 12 Ogos 2026
Lokasi: IPD Maran
Ibu Pejabat Polis Daerah Maran telah menganjurkan Flag-off Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Tahun 2026 Peringkat IPD Maran. Majlis telah disempurnakan oleh YDH Timbalan Ketua Polis Daerah Maran, DSP Nor Azman bin Yusof mewakili YDH Ketua Polis Daerah Maran. Turut hadir bersama memeriahkan adalah Ketua-ketua Bahagian, wakil-wakil Ketua Polis Balai.
Penganjuran majlis ini bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara dalam kalangan warga PDRM, di samping menghayati sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Kempen Kibar Jalur Gemilang turut menjadi wadah untuk meningkatkan kesedaran serta penghormatan terhadap Jalur Gemilang sebagai lambang kedaulatan, perpaduan dan identiti negara.
Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini membawa tema “Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati”, yang selaras dengan usaha membina sebuah negara yang sejahtera, bersatu padu, berdaya tahan dan mengutamakan kesejahteraan rakyat.
Secara keseluruhannya, majlis ini telah berlangsung dengan lancar dan penuh semangat patriotisme. Penganjurannya bukan sahaja menyemarakkan suasana Bulan Kebangsaan, malah menjadi platform untuk memperkukuhkan jati diri, disiplin dan kecintaan warga PDRM terhadap tanah air.
Sumber: Facebook Polis Daerah Maran
#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360


