HKHM 2026 l PERARAKAN SEMARAK MERDEKA BPH SEMPENA MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN WARGA BPH









HKHM 2026 l PERARAKAN SEMARAK MERDEKA BPH SEMPENA MAJLIS PERHIMPUNAN WARGA BPH
Tarikh: Rabu, 12 Ogos 2026
Lokasi: Kompleks F, Putrajaya
YBrs. Tuan Eris Jemadi bin Tajudin, Setiausaha Bahagian (SUB), Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengetuai Perarakan Semarak Merdeka BPH bersama warga BPH sempena sambutan Bulan Kebangsaan di Kompleks F, Putrajaya.
Turut bersama mengiringi SUB ialah barisan pengurusan tertinggi serta warga BPH, termasuk warga daripada Pejabat Cawangan BPH di sekitar Lembah Klang. Perarakan bermula dari perkarangan lobi Blok F6 menuju ke Blok F8, Kompleks F.
Perarakan turut dimeriahkan dengan penyertaan kenderaan mobiliti mesra alam, kontinjen BPH serta kenderaan jabatan sebagai simbolik semangat kebersamaan dan sokongan warga BPH dalam menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan.
Setibanya di Blok F8, para peserta berkumpul bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme dengan mengibarkan Jalur Gemilang serta menyanyikan lagu tema Hari Kebangsaan 2026, “Aku Berjanji”.
Program kemudiannya diteruskan dengan Majlis Perhimpunan Bulanan Warga BPH Bersama Setiausaha Bahagian yang berlangsung di Dewan Damar Sari, Aras 3, Blok F8.
Perarakan ini bukan sahaja menyemarakkan suasana Bulan Kebangsaan, malah menjadi wadah dalam memperkukuh semangat patriotisme, perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan warga BPH.
Sumber: Facebook Bahagian Pengurusan Hartanah
#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360


