HKHM 2026 l MAJLIS PENUTUP KONVOI KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG (KMJG) X JAGO 2026 PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU












HKHM 2026 l MAJLIS PENUTUP KONVOI KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG (KMJG) X JAGO 2026 PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU
Sekitar Majlis Penutup Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) X JAGO 2026 Peringkat Daerah Johor Bahru yang berlangsung di B5 Johor Street Market, Tampoi Johor Bahru, semalam.
Majlis penutup ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha, Tuan Haji Muhammad Rizal bin Haji Redzuan, Pengarah Penerangan Negeri Johor.
Konvoi yang bermula pada 11 dan 12 Ogos itu telah berjaya menyelusuri setiap lokasi persinggahan dengan pelbagai aktiviti yang telah disediakan kepada peserta konvoi.
Turut diadakan edaran bendera Jalur Gemilang kepada pengunjung dan peniaga di B5 Johor Street Market.
Ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) X Jago 2026 antaranya Kelab Permotoran Berkuasa Tinggi, Zontes Club, Bank Simpanan Nasional (BSN) Negeri Johor, Pasaraya Maslee Express, McDonald’s, Shell dan lain-lain.
Semoga program yang dianjurkan ini mendapat manfaat dan penerimaan yang sebaiknya.
Ayuh rakyat Malaysia untuk sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang bagi menyemarakkan semangat patriotik sebelum menjelangnya 31 Ogos nanti.
Sumber: Facebook Pejabat Penerangan Daerah Johor Bahru
#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360


