HKHM 2026 l MAJLIS PELUNCURAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT JABATAN AKAUNTAN NEGARA NEGERI SARAWAK









HKHM 2026 l MAJLIS PELUNCURAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT JABATAN AKAUNTAN NEGARA NEGERI SARAWAK
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menyempurnakan Majlis Peluncuran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2026 peringkat Jabatan Audit Negara (JAN) Negeri Sarawak pada 12 Ogos 2026, bersempena program kerja rasmi beliau di Sarawak.
Majlis ini disertai seramai 132 orang warga JAN Negeri Sarawak di Kuching yang hadir secara fizikal serta wakil JAN dari pejabat cawangan Sibu, Bintulu dan Miri yang hadir secara atas talian.
Dalam ucapan beliau, YBhg. Dato’ Seri KAN menyeru semua warga JAN Negeri Sarawak agar menyemarakkan Bulan Kemerdekaan dengan semangat patriotisme dan cintakan tanah air. Beliau juga berharap agar semua warga JAN Negeri Sarawak agar sentiasa melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan penuh integriti, dedikasi dan profesionalisme serta menjadikan pengorbanan dan perjuangan generasi terdahulu sebagai inspirasi dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Majlis kemudiannya diserikan dengan persembahan penuh semangat warga JAN Sarawak menerusi nyanyian lagu patriotik “Jalur Gemilang” dan “Aku Berjanji”, yang merupakan lagu tema Hari Kebangsaan 2026. Persembahan nyanyian tersebut dipimpin oleh 13 orang penyanyi koir yang tampil mengenakan pakaian tradisional daripada pelbagai etnik dan kebudayaan, sekali gus menyerlahkan semangat perpaduan dan kepelbagaian budaya dalam kalangan warga JAN Negeri Sarawak.
Puan Noor Rita binti Kassim, Pengarah Bahagian Susulan Audit, Encik Saiful Anuar bin Mohd Jaafar, Pengarah Audit Negeri Sarawak dan Encik Saiful Anuar bin Zakaria, Pengarah Bahagian Penyelarasan Laporan JAN turut hadir dalam Majlis ini.
Sumber: Facebook Jabatan Akauntan Negara
#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360


