HKHM 2026 l KAYUHAN MERDEKA 2026: MENYATUKAN SEMANGAT, MENYEMARAKKAN PATRIOTISME









HKHM 2026 l KAYUHAN MERDEKA 2026: MENYATUKAN SEMANGAT, MENYEMARAKKAN PATRIOTISME
Tarikh: Rabu, 12 Ogos 2026
Lokasi: Kompleks Setia Perdana JPM
Jabatan Perdana Menteri (JPM) menyemarakkan Sambutan Bulan Kebangsaan 2026 menerusi Sesi Flag Off Kayuhan Merdeka 2026 yang berlangsung di Perkarangan Auditorium Perdana, Kompleks Setia Perdana JPM, hari ini.
Sesi pelepasan kayuhan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) JPM, bersama warga Pentadbiran Am JPM yang menyertai aktiviti berkenaan.
Kayuhan Merdeka 2026 menjadi wadah memperkukuh semangat patriotisme, kebersamaan dan kecergasan warga JPM, selaras dengan usaha membudayakan gaya hidup sihat serta menyemarakkan penghayatan Bulan Kebangsaan.
Lebih daripada sekadar aktiviti berbasikal, kayuhan ini mencerminkan semangat warga JPM untuk terus bersatu, cergas dan bersama-sama menghayati makna kemerdekaan, di samping menyuburkan rasa cinta, bangga dan setia kepada tanah air.
Sumber: Facebook Jabatan Perdana Menteri
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360


