HKHM 2026 I LATIHAN PENERBANGAN ‘MERDEKA SUNSET AIR SHOW’ – MELUKIS SENJAΒ
Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026, Pasukan Aerobatik Krisakti (Aerotree Defence & Services Sdn. Bhd.) akan menjalani beberapa siri latihan penerbangan sebagai persediaan menjelang persembahan Melukis Senja, sebuah pertunjukan udara pada waktu senja (golden hour), diketuai oleh juruterbang berpengalaman, Dato’ Halim Othman.
Latihan kali ini tertumpu kepada laluan penerbangan dan raptai di ruang udara Putrajaya seperti berikut:
π Rabu, 12 Ogos 2026
π Khamis, 20 Ogos 2026
π Khamis, 27 Ogos 2026
π Sabtu, 29 Ogos 2026
β
Monumen Alaf Baru, Putrajaya
π°οΈ 7:00 β 7:30 malam
Setiap sesi latihan dijalankan menerusi penyelarasan rapi bersama Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO), Kementerian Komunikasi serta Perbadanan Putrajaya, bagi memastikan piawaian keselamatan penerbangan dipatuhi sepenuhnya sepanjang proses persediaan.
Orang ramai, khususnya penduduk di sekitar Putrajaya, dinasihatkan agar tidak bimbang sekiranya melihat pergerakan pesawat terbang rendah pada waktu-waktu tersebut.
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360Β Β


