HKHM 2026 l SINGGAH MEDIA MERDEKA SEMPENA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2026 - TV ALHIJRAH









HKHM 2026 l SINGGAH MEDIA MERDEKA SEMPENA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2026 – TV ALHIJRAH
Tarikh: Selasa, 11 Ogos 2026
Lokasi: TV AlHijrah
Semangat Merdeka terus disemarakkan bersama rakan-rakan media menerusi Program Singgah Media Merdeka di TV AlHijrah hari ini.
Rombongan Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) diketuai oleh Mohd Haizul Hod, Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat disambut oleh Haji Saifulizan Sidek, Pengurus Besar Jabatan Integrasi Media & Hal Ehwal Korporat TV AlHijrah serta kakitangan stesen tersebut.
Selain menyampaikan simbolik kit Jalur Gemilang, sesi ini turut menjadi ruang untuk mengeratkan silaturahim dan memperkukuh jaringan kerjasama dengan pengamal media tempatan.
Terima kasih TV AlHijrah atas sambutan dan kerjasama yang diberikan. ❤️
Jom semarakkan semangat Merdeka, kibarkan Jalur Gemilang.
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360 #singgahmediamerdeka #AlHijrah


