- This event has passed.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI MELAKA DAN MAJLIS PELUNCURAN BULAN KEBANGSAAN DAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG 2026 PERINGKAT NEGERI MELAKA
August 10 @ 8:00 am - 10:00 am

Majlis ini akan disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Melaka sebagai permulaan rasmi Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2026 Peringkat Negeri Melaka.
Pelancaran ini menjadi titik permulaan kepada pelbagai program dan aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang Bulan Kebangsaan bagi menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta memupuk rasa cinta akan negara dalam kalangan rakyat.
Ayuh bersama-sama kita kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga sebagai tanda kecintaan kepada Malaysia serta menghargai jasa dan pengorbanan para pejuang yang telah mempertahankan kemerdekaan negara.
“Kibarkan Jalur Gemilang, Semarakkan Semangat Kebangsaan.”
