HKHM 2026 l PROGRAM SEMARAK MERDEKA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) PERINGKAT NEGERI SEMBILAN






HKHM 2026 l PROGRAM SEMARAK MERDEKA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) PERINGKAT NEGERI SEMBILAN
Menteri Kesihatan Malaysia telah menyantuni wira-wira barisan hadapan kita di Hospital Rembau bersempena dengan program Semarak Merdeka Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) peringkat Negeri Sembilan. Acara ini merupakan kesinambungan yang amat bermakna daripada Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Tahun 2026 peringkat KKM yang lalu.
Berucap di hadapan para petugas kesihatan, menteri turut titipkan satu persoalan: Apa itu erti merdeka? Bagi beliau, seorang rakyat yang merdeka ialah rakyat yang tidak perlu memilih antara kesihatan dan kemampuan, yang tidak perlu menempuh perjalanan berjam-jam untuk mendapatkan rawatan asas. Yang tidak perlu menunggu sehingga penyakit menjadi parah baru berjumpa doktor. Itulah erti kemerdekaan yang kita perjuangkan setiap hari bukan dengan senjata, tetapi dengan rawatan, dengan ubat-ubatan, dan dengan ihsan belas para petugas kesihatan di kaunter dan di wad.
Bagi menterjemahkan cita-cita membela nasib rakyat ini, KKM tidak sekadar menabur retorik kosong. Sebaliknya, pelbagai inisiatif dan penambahbaikan berterusan sedang rancak digerakkan di lapangan. Ini termasuklah membaik pulih puluhan klinik dan fasiliti kesihatan yang daif, memperluas pendigitalan sistem bagi menjimatkan masa menunggu pesakit, serta membela kebajikan petugas menerusi penyelesaian isu perjawatan lantikan tetap dan kenaikan elaun.
Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh warga kerja KKM, khususnya di Negeri Sembilan yang saban hari memikul tanggungjawab besar ini di bahu kalian. Beliau turut menyeru untuk terus berkhidmat demi rakyat dengan penuh dedikasi, dan bersama-sama mengekalkan momentum kestabilan ini demi masa depan negara yang tercinta.
#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360
๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ


