HKHM 2026 I MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2026

HKHM 2026 l MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2026

81
80
79
78
77
76
75
74
73
72
71
70

HKHM 2026 l MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2026

๐Ÿ“… Tarikh: Jumaat, 31 Julai 2026

๐ŸขLokasi: Dewan Seri Mertajam, Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ KIBARKAN JALUR GEMILANG, SATUKAN HATI DEMI MALAYSIA TERCINTA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Bulan Ogos kembali membuka tirainya dengan kibaran Jalur Gemilang yang megah, mengingatkan seluruh rakyat bahawa kemerdekaan yang dikecapi hari ini lahir daripada keberanian, pengorbanan dan semangat juang para perwira yang tidak pernah mengenal erti lelah.

Sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Seri Mertajam, Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah, Yang Berbahagia Datoโ€™ Haji Baderul Amin bin Abdul Hamid, Datuk Bandar Seberang Perai telah hadir bersama-sama kepimpinan negeri bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan.

Majlis telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang, yang menyampaikan ucapan pelancaran sebelum menyempurnakan acara menaikkan Jalur Gemilang. Suasana penuh patriotik turut diserikan dengan nyanyian lagu Jalur Gemilang dan Keranamu Malaysia, lafaz Ikrar Rukun Negara serta pelepasan konvoi Kibar Jalur Gemilang sebagai simbol bermulanya sambutan Bulan Kebangsaan di negeri ini.

Jalur Gemilang bukan sekadar lambang sebuah negara, tetapi cerminan maruah, perpaduan dan identiti rakyat Malaysia. Di sebalik setiap kibaran, tersimpan sejarah perjuangan yang menuntut seluruh rakyat agar terus mempertahankan keamanan, memperkukuh perpaduan dan mengisi kemerdekaan dengan nilai integriti, hormat-menghormati serta semangat cintakan tanah air.

Bersempena Bulan Kebangsaan 2026, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) menyeru seluruh warga Seberang Perai untuk bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman, premis perniagaan, institusi dan pejabat sebagai manifestasi rasa bangga menjadi rakyat Malaysia.

Marilah kita menghayati erti kemerdekaan dengan menyatukan hati, memperkukuh perpaduan dan bersama-sama membina Seberang Perai yang lebih maju, inklusif dan sejahtera. Kerana Malaysia yang kuat bermula dengan rakyat yang bersatu.

Sumber: Facebook Majlis Bandaraya Seberang Perai
ย 

#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ