HKHM 2026 l MAJLIS PELUNCURAN SEMARAK BULAN KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA SERTA KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT JUPEM












HKHM 2026 l MAJLIS PELUNCURAN SEMARAK BULAN KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA SERTA KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT JUPEM
π Tarikh: Rabu, 29 Julai 2026
π’Lokasi: Lobi Wisma JUPEM, Kuala Lumpur
Majlis Peluncuran Semarak Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia serta Kibar Jalur Gemilang Peringkat JUPEM Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Perkarangan Lobi Wisma JUPEM, Ibu Pejabat JUPEM, Kuala Lumpur. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. LSr Muhammad Salim bin Mohammed Asari, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II (TKPUP II).
Kehadiran TKPUP II mencerminkan komitmen berterusan pihak pengurusan tertinggi JUPEM dalam menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta menyemai rasa cinta akan negara dalam kalangan warga kerja. Mengangkat tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, penganjuran kali ini telah menghimpunkan lebih 150 orang pegawai dan kakitangan daripada Ibu Pejabat JUPEM serta JUPEM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Kemuncak majlis diserikan dengan penyerahan Jalur Gemilang oleh TKPUP II kepada barisan pengurusan JUPEM Ibu Pejabat, diikuti gimik pelepasan lima (5) buah kenderaan rasmi yang mengibarkan Jalur Gemilang sebagai simbol semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara.
Suasana di perkarangan lobi bergema dengan nyanyian lagu kebangsaan “Negaraku”, diikuti lagu-lagu patriotik seperti “Tanggal 31”, “Jalur Gemilang” dan “Keranamu Malaysia” yang dinyanyikan secara beramai-ramai dengan penuh semangat. Majlis turut diserikan dengan pengenalan lagu tema rasmi Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, “Aku Berjanji”, nyanyian Faizal Tahir, yang membawa mesej kebersamaan, perpaduan dan tekad dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Semoga semangat patriotisme yang disemarakkan melalui penganjuran program ini terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan perkhidmatan dan memperkukuh rasa cinta akan Malaysia dalam kalangan warga JUPEM.
Merdeka! Merdeka! Merdeka! π²πΎ
#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360
π²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎ


