HKHM 2026 l PROGRAM KEMBARA BAHASA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2026























HKHM 2026 l PROGRAM KEMBARA BAHASA DAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2026
📅 Tarikh: Sabtu, 1 Ogos 2026
🏢Lokasi: Stesen KTM Komuter Kuala Lumpur ke Stesen KTM Komuter UKM
Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) merangkap Setiausaha Jawatankuasa Kerja Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026, Datuk Aminurrahim Mohamed hari ini hadir ke Program Kembara Bahasa HKHM 2026 dari Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter Kuala Lumpur ke Stesen KTM Komuter Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mengangkat konsep “Kembara Bahasa di Atas Landasan”, program ini menampilkan pelbagai pengisian bahasa dan sastera di dalam gerabak tren komuter sebagai pendekatan didik hibur kepada masyarakat, di samping memartabatkan bahasa kebangsaan sempena Sambutan HKHM 2026.
Hadir sama Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Dr. Hazami Jahari; Pengurus Kanan Unit Pembangunan Perniagaan KTM Komuter, Muhd Naqiuddin Naim Muhamad; serta Pengurus Kanan Hartanah Railway Asset Corporation, Haji Mohd Ghazali Aman.
#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360
🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾


