HKHM 2026 l MAJLIS PELUNCURAN JALUR GEMILANG SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 TAHUN 2026 JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA (RELA)








HKHM 2026 l MAJLIS PELUNCURAN JALUR GEMILANG SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 TAHUN 2026 JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA (RELA)
π Tarikh: Khamis, 30 Julai 2026
Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) telah mengadakan Majlis Peluncuran Jalur Gemilang Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Tahun 2026 sebagai simbolik menyemarakkan semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan warga RELA.
Majlis yang berlangsung sebelum Mesyuarat Pengurusan Tertinggi RELA Bil. 5 Tahun 2026 ini turut hadiri oleh YBhg. Datuk KPjR Rosli Yaakub, Ketua Pengarah RELA dan turut diserikan dengan penyerahan Jalur Gemilang kepada YBrs. TKPjR Mahather Smoh, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), YBrs. Abang Zulfikar bin Abang Raduan, Pengarah RELA Negeri Sarawak dan YBrs. Zainollah Khan bin Saeedur Rahman, Komandan, Pusat Latihan RELA, ALARM Melaka sebagai simbolik peluncuran, sekali gus menyeru seluruh warga RELA untuk mengibarkan Jalur Gemilang serta menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan 2026 dan pemangkin kepada penghayatan semangat kebangsaan serta menyokong aspirasi Bulan Kebangsaan 2026.
Turut sama hadir ialah YBrs.TKPjR Syamsul Badrin bin Mohshin, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Pengarah-pengarah Bahagian/Unit IPRM, Pengarah-pengarah Negeri serta Komandan-komandan Pusat Latihan Seluruh Negara.
Marilah kita bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang sebagai lambang kedaulatan, perpaduan dan kebanggaan negara.
#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360
π²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎ


