HKHM2025 I MAJLIS SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN JABATAN PEGUAM NEGARA (AGC) 2025

HKHM2025 I MAJLIS SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN JABATAN PEGUAM NEGARA (AGC) 2025

Bahagian Pengurusan, AGC telah menganjurkan Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2025 Jabatan Peguam Negara di Dewan Tan Sri Abdul Kadir Yusof, Jabatan Peguam Negara (AGC) Putrajaya. Majlis dengan tema “Malaysia MADANI, Rakyat Disantuniโ€ telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Mohd Dusuki bin Mokhtar.

Tan Sri Peguam Negara dalam ucapannya telah menggesa seluruh warga AGC untuk menghayati dan menghargai erti kemerdekaan tanah air sehingga kita semua dapat hidup dengan aman dan selesa. Tan Sri Peguam Negara juga menekankan peri pentingnya warga AGC untuk melaksanakan tugas dengan pendekatan berfikir di luar kotak yang lebih inovatif dan kreatif dan menjauhi amalan budaya kerja toksik di persekitaran tempat kerja. Pesanan bernas ini diharapkan dapat mempertingkatkan kualiti di dalam perkhidmatan warga AGC.

Sambutan Bulan Kebangsaan AGC pada tahun ini turut dimeriahkan dengan persembahan tarian kebudayaan Pelbagai Etnik di Malaysia oleh Citrasari. Selain itu, majlis pada kali ini diserikan dengan persembahan daripada pemenang-pemenang Pertandingan Penulisan Sajak dan Bintang Patriotik AGC sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2025 dan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos. Majlis turut memberi pengiktirafan dengan penyampaian hadiah-hadiah berupa sumbangan wang tunai sumbangan Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kelab AGC serta sijil penghargaan.

Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan ini disemarakkan lagi dengan kibaran Jalur Gemilang oleh seluruh warga AGC dengan dendangan penuh semangat Patriotik, lagu Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni dan Tanggal 31 sebagai penutup majlis.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Peguam Cara Negara, Ketua-Ketua Bahagian, wakil pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka dan seluruh warga AGC.

Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan AGC 2025 diraikan dengan penuh semangat patriotik, muhibbah dengan garapan suasana mesra dan penuh harmoni di kalangan warga kerja daripada pelbagai golongan etnik.

Sumber: Facebook Jabatan Peguam Negaraย 

#HKHM2025
#MalaysiaMADANI
#RakyatDisantuni

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ